KeJaYaAn YaNg TeLaH kUmIlIkI!!!

KeJaYaAn YaNg TeLaH kUmIlIkI!!!

Followers

Saturday, October 30, 2010

DeMaM eXaM!!!

PUTERI!!!!!

   SEDARLAH DIRI ANDA DARI BERMIMPI.. 

ANDA HARUS MENGULANGKAJI 

PELAJARAN UNTUK BERJAYA..

INGATLAH PESANAN MA ABAH ANDA.. 

JANGAN BANYAK BERMAIN.. 

DAN BUANGKAN SIFAT MALAS ANDA ITU.. 

JANGAN BIARKAN IA MENGUASAI DALAM DIRI ANDA.. 

MASA ITU EMAS..

ANDA PERLU MENGEJARNYA.. 

MASA ITU XKAN BERUNDUR KEMBALI..

JIKA ANDA TERLEPAS WAKTU.. :) 

Friday, October 29, 2010

Ku PoHoN kEaMpUnAnMu

Bila aku menangis lagi…
Menangisi dosa-dosa lalu
Kini kuinsafi diri…..

Ya Allah, kumohon padaMU
Keampunan….
Menangis sendiri
Apakah taubat ku diterima 
Sungguh janji Allah itu benar
tapi hati tetap resah apakah 
taubat ku diterima…..

cuba meyakinkan diri
tapi setelah ku congak
aku menangis lagi
terlalu sedikit kebajikan 
apakah ada naungan untukku di padang mahsyar
apakah tangan kanan ku mendapat penghormatan
apakah terlepas dari timbangan al mizan
apakah mudah bagi ku melalui titian siratMu

Ya Allah
Bagaimanakah nasib ku Ya Allah 
Pohon padaMu ya Allah keampunan

Wednesday, October 27, 2010

Madah Cinta Sebuah Tulisan


Wahai kawan2 ku...
Dengarlah bisikan kata2 ku ini.
Tulislah wahai kawan2 ku..!
Tulislah madah cinta mu
Tulislah puisi cinta mu
Tulislah apa2 yang telintas dihati mu!
Rasakan getaran suara hati naluri mu
Biarkan ia bersuara menjerit
Biarkan seisi dunia mendengarkannya luahannya
Luahan rasa hati seorang manusia!
Wahai kawan ku...!Jangan engkau berdiam diri
Jangan engkau hanya menjenguk disana sini
Komentar sana komentar sini!
Bukankah engkau juga mempunyai rasa hati?
Sedikit naluri untuk berpuisi?
Wahai kawan ku...Percayalah bahawa ...
kita cuma insan biasa
cuba meneroka rahasia kehidupan
Sama-sama juga ada kekurangan
sama-sama ada sedikit kepahitan
Didalam merenangi lautan madah cinta ini
cuba membongkar rahasia hakikat puisi cinta!

Friday, October 22, 2010

Adab Belajar Mengikut Imam Al-Ghazali

1.    Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan  bercium tangan sebagai tanda penghormatan- ikut jantina
2.    Jangan banyak bercakap di hadapan guru
3.    Jangan bercakap jikalau tidak ditanya
4.    Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru
5.    Jangan menyangkal kata-kata guru
6.    Jangan mengumpat pelajar lain
7.    Jangan berbisik di hadapan guru
8.    Jangan berpaling kiri dan kanan
9.    Jangan menyoal semasa guru kepenatan
10.    Berdiri apabila guru bangun
11    Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali
12    Rujuk guru dalam memilih ilmu 
13    Jangan duduk tempat guru
14.    Jangan berjalan dihadapan guru kecuali darurat
15.    Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya
16.    Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya
17.    Muliakan anak-anak guru
18.    Selalu berhubung dengan guru
19.    Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu
20.    Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

   
Elakkan makan makanan
1.    Jajan
2.    Air atau makanan ada semut padanya
3.    Makanan fast food seperti nuggets, burger, sosej
4.    Makanan yang masam seperti jeruk
5.    Otak ikan
6.    Makanan yang berajinomoto
7.    Makanan yang berbau busuk seperti- petai, jering dan bawang mentah
8.    Air yang terlalu manis seperti air berkaibonat –air coke , pepsi,f&n
   
    Kerap makan makanan
1.    21 kismis shari ( 7 biji 3x shari ) – sekurang-kurangnya 9 biji( 3 biji 3 x shari ) / 3 biji skali
2.    Air kacang soya sekali sehari
3.    2 biji kurma
4.    3 biji kacang pistachios sehari

Wednesday, October 20, 2010

ReNuNg-ReNuNgKaNlAh KaTa-KaTa InI

   Cinta kepada bunga , bunga akan layu . Cinta kepada makhluk , makhluk akan mati . Cinta kepada ALLAH akan kekal selamanya..