KeJaYaAn YaNg TeLaH kUmIlIkI!!!

KeJaYaAn YaNg TeLaH kUmIlIkI!!!

Followers

Tuesday, November 16, 2010

MeNgaPaKaH!!!!

    Mengapakah semua ini harus berlaku pada masa ini?? Kenapa semua orang harus atau ingin menyusahkan hidupku?? Aku tidak suka seperti ini.. Aku dah semakin menyampah dengan hidupku ini.. Janganlah biarkan aku semakin lama semakin tak suka hidup di dunia ini.. Kenapa orang yang aku percaya selama ini ingin buat aku begini?? AKU BENCI!!!!

Tuesday, November 9, 2010

TeLaH tEmUi SaHaBaT yAnG bAiK!!!

   Kini kutelah temui sahabat yang benar-benar baik padaku.. Terima kasih kepada dirinya kerana telah banyak membantuku untuk memperbaiki blogku ini walaupun kami baru kenal.. Aku sangat gembira dapat mengenalinya.. Aku takkan melupakan pertolongan dirinya kepadaku..

Sunday, November 7, 2010

SaHaBaT!!!

 Sahabat!!! Bagi aku, Sahabat tu besar maknanya.. Memang susah nak cari tapi memang wujud.. Wujud ker?? Hanya Tuhan sahaja yang tahu samada sahabat itu wujud atau tidak..Tapi setakat ini memang aku tidak jupe lagi.. Yang boleh aku panggil sahabat mungkin ada sorang dua..  Macam mana dengan yang lain? Aku hanya boleh panggil mereka rakan sekolej ataupun rakan studi dan tak lebih dari itu. Ada juga yg kawan makan kawan.. Perlukah aku mempunyai sahabat?? Bolehkah aku percaya pada sahabat sejati setelah banyak kali disakitkan??kerana bagiku, dialah yang boleh tolong aku dikala sedih dan gembira disaat aku gembira..

FiNaL 12.11.10!!

  Final exam kembali lagi.. Setelah sekian lama berehat dari menuntut ilmu selama setahun lebih..  Mampukah aku harungi semua ini?? Hanya Tuhan sahaja yang tahu samada aku mampu harungi atau tidak..  

DoA uNtUk IbUBaPa

Bismillah hirrahman nirrahim


رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ


"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"


"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”


"O Our Lord! forgive me, and my parents, and all the Muslims on the day when the account will be established."

SiApAkAh AkU??

   Siapakah aku?? aku hanya seorang insan biasa yang tak mampu lari dari melakukan kesalahan seperti insan yang lain.. Aku adalah seorang pendiam, penyabar, pemalu dan suka pendam seorang diri.. Iyea ker?? Hanya orang yang betul-betul mengenaliku yang tahu aku macam mana orangnya.. Aku dibesarkan oleh kedua ibubapaku yang sanggup membela aku dari tapak tangan aku yg kecil sehingga aku sudah boleh berdikari.. Aku bersyukur sebab ada ibubapaku yang sanggup pimpin aku smpai ke menara gading.. Tanpa mereka,siapalah aku.. Aku mungkin takkan jadi begini.. Aku sayangkan ibubapaku.. Hanya mereka sahaja yang faham perasaan aku apabila aku berada dalam keadaan suka dan duka.. Aku takkan menghampakan kedua ibubapaku dan aku takkan biarkan mereka sedih.. Aku akan menjaga mereka sehingga hujung nyawa mereka..

DuA hARy YaNg LePaS!!

    Hatiku telah disakiti oleh seseorang insan.. Aku cuma ingin minta tolong temankan aku sahaja bukannya aku ingin pinjam wang atau sebagainya.. Apa-apa pun datanglah ke rumah aku dulu jika aku dah tinggal pesanan.. Aku tahu kalau aku sakit atau mati pun engkau takkan ambik peduli tentang aku.. Tapi apakah kesalahan aku sampai sebegini engkau buat padaku?? X cukup baikkah aku pada engkau selama ini?? Engkau nak aku buat apa lagi supaya engkau puas ati?? Tolonglah jangan bagi aku semakin lama semakin aku benci pada engkau..

Saturday, October 30, 2010

DeMaM eXaM!!!

PUTERI!!!!!

   SEDARLAH DIRI ANDA DARI BERMIMPI.. 

ANDA HARUS MENGULANGKAJI 

PELAJARAN UNTUK BERJAYA..

INGATLAH PESANAN MA ABAH ANDA.. 

JANGAN BANYAK BERMAIN.. 

DAN BUANGKAN SIFAT MALAS ANDA ITU.. 

JANGAN BIARKAN IA MENGUASAI DALAM DIRI ANDA.. 

MASA ITU EMAS..

ANDA PERLU MENGEJARNYA.. 

MASA ITU XKAN BERUNDUR KEMBALI..

JIKA ANDA TERLEPAS WAKTU.. :) 

Friday, October 29, 2010

Ku PoHoN kEaMpUnAnMu

Bila aku menangis lagi…
Menangisi dosa-dosa lalu
Kini kuinsafi diri…..

Ya Allah, kumohon padaMU
Keampunan….
Menangis sendiri
Apakah taubat ku diterima 
Sungguh janji Allah itu benar
tapi hati tetap resah apakah 
taubat ku diterima…..

cuba meyakinkan diri
tapi setelah ku congak
aku menangis lagi
terlalu sedikit kebajikan 
apakah ada naungan untukku di padang mahsyar
apakah tangan kanan ku mendapat penghormatan
apakah terlepas dari timbangan al mizan
apakah mudah bagi ku melalui titian siratMu

Ya Allah
Bagaimanakah nasib ku Ya Allah 
Pohon padaMu ya Allah keampunan

Wednesday, October 27, 2010

Madah Cinta Sebuah Tulisan


Wahai kawan2 ku...
Dengarlah bisikan kata2 ku ini.
Tulislah wahai kawan2 ku..!
Tulislah madah cinta mu
Tulislah puisi cinta mu
Tulislah apa2 yang telintas dihati mu!
Rasakan getaran suara hati naluri mu
Biarkan ia bersuara menjerit
Biarkan seisi dunia mendengarkannya luahannya
Luahan rasa hati seorang manusia!
Wahai kawan ku...!Jangan engkau berdiam diri
Jangan engkau hanya menjenguk disana sini
Komentar sana komentar sini!
Bukankah engkau juga mempunyai rasa hati?
Sedikit naluri untuk berpuisi?
Wahai kawan ku...Percayalah bahawa ...
kita cuma insan biasa
cuba meneroka rahasia kehidupan
Sama-sama juga ada kekurangan
sama-sama ada sedikit kepahitan
Didalam merenangi lautan madah cinta ini
cuba membongkar rahasia hakikat puisi cinta!

Friday, October 22, 2010

Adab Belajar Mengikut Imam Al-Ghazali

1.    Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan  bercium tangan sebagai tanda penghormatan- ikut jantina
2.    Jangan banyak bercakap di hadapan guru
3.    Jangan bercakap jikalau tidak ditanya
4.    Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru
5.    Jangan menyangkal kata-kata guru
6.    Jangan mengumpat pelajar lain
7.    Jangan berbisik di hadapan guru
8.    Jangan berpaling kiri dan kanan
9.    Jangan menyoal semasa guru kepenatan
10.    Berdiri apabila guru bangun
11    Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali
12    Rujuk guru dalam memilih ilmu 
13    Jangan duduk tempat guru
14.    Jangan berjalan dihadapan guru kecuali darurat
15.    Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya
16.    Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya
17.    Muliakan anak-anak guru
18.    Selalu berhubung dengan guru
19.    Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu
20.    Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

   
Elakkan makan makanan
1.    Jajan
2.    Air atau makanan ada semut padanya
3.    Makanan fast food seperti nuggets, burger, sosej
4.    Makanan yang masam seperti jeruk
5.    Otak ikan
6.    Makanan yang berajinomoto
7.    Makanan yang berbau busuk seperti- petai, jering dan bawang mentah
8.    Air yang terlalu manis seperti air berkaibonat –air coke , pepsi,f&n
   
    Kerap makan makanan
1.    21 kismis shari ( 7 biji 3x shari ) – sekurang-kurangnya 9 biji( 3 biji 3 x shari ) / 3 biji skali
2.    Air kacang soya sekali sehari
3.    2 biji kurma
4.    3 biji kacang pistachios sehari

Wednesday, October 20, 2010

ReNuNg-ReNuNgKaNlAh KaTa-KaTa InI

   Cinta kepada bunga , bunga akan layu . Cinta kepada makhluk , makhluk akan mati . Cinta kepada ALLAH akan kekal selamanya..